Semalam, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa telah mendedahkan wajah anak lelakinya di media sosial. Perkongsian yang dilakukan oleh Neelofa itu sekaligus menghentikan segala sp3kulasi dan teka-teki yang bermain di dalam fikiran netizen.
Terbaru, PU Riz dilihat memuat naik sebuah posting mengenai ‘akhlak’ di Instagram Story miliknya. Posting tersebut didakwa ditujukan kepada netizen yang bercakap ‘burvk’ mengenai anaknya itu.
Lakukanlah dengan akhlak
Apa-apa pun yang hendak dilakukan, lakukanlah dengan akhlak. Nabi diutus untuk menyempurnakan akhlak. Jaga diri jaga mulut ini semoga Allah beri kebaikan di dalam hidup kita. InsyAllah. Amin.
Menurut PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, sebagai seorang manusia yang beragama Islam, menjaga akhlak merupakan perkara yang sangat penting. Oleh itu, dia berharap setiap orang dapat menjaga diri dan mulut agar memperoleh kebaikan di dalam kehidupan sentiasa. Menerusi posting berkenaan, rata-rata netizen berpendapat PU Riz mempunyai maksud tersirat yang ingin disampaikan. Ini kerana, isu wajah anaknya hangat diperkatakan sejak belakangan ini.
Terdahulu, Neelofa akui sedih dan tersinggung dengan tindakan seorang individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan wajah Bilal kepada umum. Tegas usahawan berumur 33 tahun itu, perbuatan tersebut langsung tidak menghorm4ti perasaan dia dan suami. Bukan itu sahaja, individu terbabit didakwa telah menyunting foto Bilal sebelum disebarkan di media sosial. Tambah Neelofa lagi, akibat perbuatan tersebut, pelbagai fitn4h dan komen negatif telah dilemp4rkan kepada anak lelakinya itu.
Oh Bilal, 1,001 komen netizen
Tindakan selebriti terkemuka Neelofa berkongsi foto putera kesayangannya, Muhammad Bilal hari ini mendapat 1,001 reaksi ramai dalam media sosial hari ini.
Meskipun rata-rata teruja melibat wajah comel Bilal, ada juga segelintir netizen yang melahirkan rasa simpati terhadap bekas pengacara Nona itu.
Terdapat netizen yang bersimpati berpendapat Neelofa memuat naik foto Bilal kerana terlalu kerap menjadi m4ngsa kec4man dan bvli dalam media sosial.
“Bilal sangat comel. Sedih baca kapsyen Neelofa, semoga mereka dilindungi Allah SWT,” ciap seorang netizen.
“Akhirnya dia sudah berkongsi wajah Bilal. Mereka yang sering mengecam Neelofa itu sudah puas hati?” komen seorang lagi netizen.
NEELOFA mengejutkan ramai dengan memuat naik video koleksi wajah Bilal dalam akaun media sosialnya.
Dalam pada itu, netizen juga berharap bvli s1ber terhadap Neelofa dan Bilal akan tamat selepas pelakon filem Azura (2012) itu meleraikan teka-teki wajah anaknya hari ini.
Hari ini, Neelofa mengejutkan ramai apabila memuat naik video berdurasi 1 minit dan 44 saat dalam akaun Instagramnya yang memaparkan koleksi wajah Bilal sejak dilahirkan sehingga kini. Menerusi hantaran sama, selain doa, Neelofa turut berkongsi luahan hati berkaitan nasib anaknya apabila sering menjadi m4ngsa kec4man netzien.
Sejak kelmarin, nama Neelofa dan anaknya menjadi bualan hangat apabila seorang individu memuat naik foto Bilal dalam sebuah akaun TikTok.
Disebabkan hal tersebut, dia melahirkan rasa kecewa kerana individu yang menularkan wajah Bilal mendahului kedudukannya sebagai seorang ibu dan tidak menghorm4ti permintaannya sebelum ini.
Sehingga kini, nama Bilal turut sohor kini dalam Twitter susulan menjadi bualan hangat netizen.
Untuk rekod, Neelofa dan pendakwah bebas, Haris Ismail mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu.
Rumah tangga pasangan tersebut seterusnya diserikan dengan kelahiran Bilal pada 29 Januari lalu di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.
Sumber: PU Riz
Sumber/ Kredit : Lais
Diolah oleh : Wan Network
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.