[VIDEO] “Simple tpi cantik, steady je dgn seluar trek..”- Bercuti Ke Langkawi, Penampilan Neelofa & Haris Tarik Perhatian!


Selepas mengambil keputusan untuk mendedahkan wajah penuh putera sulungnya, Muhammad Bilal Muhamad Haris pada Rabu, usahawan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor hari ini kelihatan bercuti bersama keluarga kecilnya itu ke Pulau Langkawi, Kedah.

Menerusi perkongsian video di TikTok milik individu yang dikenali sebagai @emyrafatin, Neelofa dilihat mendukung Bilal sambil Haris membawa bagasi di Lapangan Terbang Antarabansga Langkawi, Kedah.

“Wah, Neelofa datang bercuti di Langkawi lah… Rezeki dapat tengok Bilal si comel gebu dan bulatnya,” tulisnya.

Malah, peminat juga berasa teruja melihat penampilan Neelofa dan Haris yang kelihatannya begitu ringkas kerana hanya mengenakan seluar trek dan berbaju lengan panjang sahaja.

Manakala, Neelofa mengenakan baju, hijab dan seluar berwarna hitam sambil dipadankan dengan parka jaket berwarna khakis.

Sementara itu, terdapat segelintir warganet yang tidak menyan.gka bekas pengacara popular itu kini telahpun bergelar seorang ibu.

 

Terdahulu, Neelofa mengakui berasa terkilan dengan segelintir netizen yang tidak bertanggungjawab menyebarkan wajah anaknya, Bilal menerusi platform media sosial.

Bahkan, selepas  memberi kenyataan berhubung perkara tersebut, Neelofa akhirnya mengambil keputusan untuk mendedahkan kepada umum wajah putera sulungnya itu.

Dan, setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun ditonton sebanyak 6 juta tontonan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page : AkimAhmad & StacyAnam

Sumber: Xtra, YOUTUBE

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *